Tuesday, 14 May 2013

Puisi II



Dunia
Dalam arus hari ini  manusia ramai yang mudah alpa
Alpa dengan nikmat dunia
Lalu terulit di balik sedapnya mimpi
Mengheret ke khayalan yang tak pasti

Mampu kah kita untuk terus tunduk
Tunduk pada yang angkuh
Sedangkan yang berdiri teguh itu belum pasti noktahnya dimana
Haruskan diperkotak katik kan keikhlasannya dia?

Hari ini
Yang pasti, aku tak mahu tunduk pada yang bongkak
Aku cuma tunduk pada yang Maha Esa
Persetankan dia andai dia bisa mempergunakan setan untuk duniawi
Akhirat pasti setan itu juga bakal di adili....

Dia mampu sinis tersenyum saat dalil Allah di teliti
Dalam hati dia memendam rasa benci
Aku simpati

Harap esok hari dia sedar
Yang duniawi ini cuma pinjaman
Yang pasti kekalnya di sana
Yang indah pastinya akhirat

Ya aku tahu
Aku tak layak untuk tarbiah ini
Aku mampu berpuisi
Supaya yang melekat di hati bukan belati tajam
Yang ku harapkan lembutnya hembusan hidayah

Tapi semua itu bukan aku yang menentukan
Itu takdirnya Tuhan...

Semoga kau terus menghormati Dia..
Yang di atas sana...

Thursday, 25 April 2013

Jom Cuci Buah Pinggang kat rumah!!



Salam semua... Hope semua kawan-kawan blogger sihat yer..

 Hari ni nak kongsi tips cuci buah pinggang kat rumah dan yang penting murah.. Ni datang nya idea dari En.Suami tercinta la.. lately rajin pulak dia tag bini dia kat FB, selalunya ya Ampunn!! nak singgah wall kita pun payah.. Ok la tu kan?? Ok la.. ni aku copy dari artikel yang di tag oleh En.Suami ku kepada ku..dengan erti kata lain.. suruh buatt laaa... ape lagi? takkan bace je.. ye dok? 

gitu je dia tag kat kite.. law tak nampak boleh bace kat bawah ni aku dah siap-siap copy paste untuk korang...

"Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini, caranya mudah sahaja beli seikat daun SUP, cuci bersih-bersih , potong kecil2 , masukkan kedalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja , sejukkan , tapis , masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk , amalkan meminumnya segelas sehari , insyaaallah anda akan rasa perubahannya , segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi! "


Yang menurut perintah!!




Maka...



Taraaaaa... dah siap!! rase macam minum air sup yang takde perasa pape.. erkk!! hasilnya kena tunggu habis dulu baru boleh cerita.. 


Dah! Air sup dah siap!! 




SENANG JE..SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN!!


Wednesday, 24 April 2013

Alhamdulillah & terima kasih untuk hari ini..



      Alhamdulillah untuk hari ni.. kenape? sebab dah genap 5 tahun berkhidmat di tempat kerja aku sekarang.. Alhamdulillah untuk rezeki yang telah di kurniakan selama 5 tahun ni.. Alhamdulillah kerana selama 5 tahun disini banyak mengajar aku perit jerih hidup ni.. dan di sini jugak banyak membentuk siapa diri aku hari ni, andai bukan kerana paksaan dari Ayahnda tersayang yang tak mahu aku terus bekerja di restoran fast food, dan memaksa aku mencuba nasib di tempat sekarang, mungkin aku sudah jauh terpesong dari landasan yang dimana aku berada sekarang.. mungkin aku akan lalai dalam menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang anak apatah lagi sebagai hamba-Nya.. tapi terima kasih jugak untuk pengalaman sebelum 5 tahun ini, kerana di situ jugak aku bertemu kekasih abadi ku yang kini suami tercinta.. terima kasih kerana sokongan yang tak pernah luntur.. Terima Kasih jugak buat kawan-kawan office yang banyak memberi sokongan, nasihat & tunjuk ajar selama ni.. Andai rezeki masih di sini..  setia ku masih utuh.. 




- cewahhhh!! jiwang siottt aku pagi ni!! hahahhaa...













Friday, 12 April 2013

Cerita Drama atau Filem Melayu; konon nak bagi Pengajaran tapi...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat Blogger..

      Aku tertarik dengan isu yang tengah hebat diperkatakan sekarang ni, iaitu  isu buli budak sekolah yang meng'fames'kan diri sebagai Lan Todak.. tertarik kenapa? sebab terbaca artikel yang the real 'Lan Todak'  sedia nak turun padang nak bagi penjelasan dan kesedaran kepada budak-budak sekolah bahawa watak yang dia bawak tu sebenarnya untuk dijadikan "pengajaran" bukan di jadikan "ikutan". 

                               
kasi gambar je..tak sampai ati nak tengok video.. sob sobb~~




         Ok. Macam ni lah wahai pengiat-pengiat seni negara Malaysia yang ku cintai.. pengarah-pengarah drama/filem yang bijaksana.. kalau korang nak tahu..budak-budak sekolah or budak-budak tengah nak naik ni..diorang tak reti balik dari tengok cerita/wayang lepas tu balik rumah baring atas katil, letak tangan atas dahi dan fikir mana baik nak ambik mana buruk nak campak ke laut.. heyy kemonn lahh!! budak-budak weii.. diorang tak de nye lepas tengok wayang reramai..g lepak kedai mamak lepas tu masing-masing keluarkan buku nota garis-garis kaler biru tu, keluarkan pensel 2B Standard Exam tu, lepas tu buat kesimpulan cerita tu..buat rumusan ape yang diorang dapat dari cerita wayang yang diorang tengok malam tu.. Hadhoiiiii!! kalau ada budak buat macam tu aku memang tabik laa..  Budak-budak zaman sekarang..kalau diorang tengok cerita yang konon nya nampak orang tu hebat, diorang main copy paste jeee... konon nak jadi macam Lan Todakkkkk!!! Nama aku Lan...budak-budak panggil aku Lan Todakk!!! puiihhh!!  kenapa takde orang nak jadi macam Daim yang super sweet macam cakelat Daim yang beli kat Langkawi tu? Kenape?? Kenapee???? Kenape orang tak nak jadi insOfff macam Botak yang menangis-nangis sampai keluar hingus-hingus bagai?? kenape?? kenapeee???  Lu fikir lah sendiri!!! 



"hah?? ape? ape? wa..tak dengar la bro...telinga wa sumbat!!"-Lan Todak 
-pic Pak Cik Google

"kenape takde budak admire aku dooooohhh~~ sedeyy!!"- Daim Langkawi
-pic Pak Cik Google



"Buat penat aku nanges!!"- Botak Emo
-pic Pak Cik Google

       
Sekian N3 emo saya kali ini.. assalamualaikum w.r.t...

JANGAN MARAH SAYA!!
(^_^)V



Thursday, 11 April 2013

N3 Sambungan: Aku Yang Sekarang..


     Ok lah ni nak masuk sambungan cerita N3 sebelum ni pasal Aku Yang Dulu so, sambungan haruslah tajuk kena ada kesinambungan.. jadilah Aku Yang Sekarang! HAHAHHAHA... skema gile aku rasa! tapii..ada orang dah tak senang duduk nak tahu jugak pe benda alah aku pakai.. KAHKAHKAHHH!! sabar yer nokkk!!

    Sebenarnya aku ni banyak benda jugak aku try, sape tak nak kelihatan cantik nyah?? dah nama pun perempuan kan.. Yang jantan nak jadi perempuan pun nak nampak C.A.N.T.I.K jugak.. apetah lagi yang sejak azali dikurniakan-Nya. 

    Sebenarnya kulit aku berjerawat begini sejak usia remaja lagi, jerawat dimuka bak trademark aku.. kalau sape kenal aku, trademark aku jerawat dikiri dan kanan pipiku yang tembam ini.. and dat's me!! Dulu masa zaman sekolah takde la hirau sangat.. duit pun takde nak pakai product mahal-mahal, seingat aku zaman aku remaja, masuk tingkatan 1 baru aku kenal pencuci muka, dulu punyalah tak reti nak cuci-cuci muka bagai, lagipun masa sekolah rendah aku ala-ala jejantann sikit..merayauuuu je kejenya.. dulu kekdahnya hitam meghelip! mak aku panggil aku "ija" nama aiza, pendekan jadi "ija" sebab 'Z' malas nak sebut sikit kan....'J' lagi senang disebut..tapi dalam erti lain mak aku panggil aku "hijau" sebab bukan cakap muka aku kaler hijau..tapi ala manja-manja gitewww, sebab adik beradik lain muka cerah-cerah ala-ala nak kemerah sikit kan? aku je yang mendung berarak!! time tu laa... semakin meningkat usia ni..semakin la cerah kulit sebab dah pandai jaga kan? kan? kan????? hahhahaa.. perasann.. Btw,dulu aku suka samakan diri aku dengan cerita The Ugly Duck! hahhaha.. gila perasan.. tapi takde la cantik menawan macam Si Angsa sangat,aku ala-ala itik serati yang orang bela jadi pet je.. hahhaa.. kekdahnya!!! 

    Dulu aku pandai pakai pencuci muka Safi yang timun tu je..time tu pakai pencuci je, lama-lama try pakai moisturizer lepas tu memberanikan diri plak pakai krim muka Safi pulak, time tu dah naik tingkatan 1 or 2, aku maintain pakai Safi sampai form 4-5 gitew la.. tapi ada jugak try-try pakai product lain, macam Clearasil yang botol biru tu...tapi masa pakai Clearasil tu muka mengelupas gile babass kat tepi bibir kiri kanan sampai kawan aku tegur ada air liur basi!! hampeh punye kawan! rasa nak lempang-lempang enam ratus empat puluh lapan kali je! Lepas habis sekolah, aku maintain lagi pakai Safi, but still aku cari product lain sebab jerawat kat muka tak pernah hilang. Cakap la ape benda petua, petua tumbuk kulit kayu manis & tampal wat masker kat muka aku dah try buat! perrgghhh!! tu paling hardcore aku penah try kot!! Ya Ampunn!! kalau ada sape-sape pernah try tumbuk/kisar (aku tumbuk sebab time bujang dulu dapur bujang je,,takde blander kering bagai tu) kulit kayu manis tu, tampal kat muka korang tahu lah betapa hazzzaapp nyee..pedih macam kulit muka kena lapah siott!!! (macam penah kena lapah je cita!). Product dari yang paling murah kepada yang paling mahal aku penah pakai macam-macam dah..L'oreal la..Pond's la.. macam-macam lah! sampai aku jumpa Natasha product tahun 2009-2010 gitew lah, lupa dah.. dengan Natasya aku tahan lama sebab nampak hasilnya sedikit memberangsangkan tapi to be honest a bit frust jugak sebab krim herba Natasya tu tak boleh pakai sebab kalau malam aku pakai, keluar rumah pagi/tengah hari tu, kalau kena matahari sikit, walaupun sinar matahari tak terik, terus kulit aku mengelupas, merah-merah macam udang kena bakar.. pffffff aku frust, tapi keep on pakai sampai tak lama lepas tu aku tukar pakai Puteri Rembulan pulak.. pergghh!! macam-macam nama product aku pakai woiii!! tapi aku tukar dari Natasya kepada Puteri Rembulan pun sebab saje nak try sebab Natasya tu mahal sket kot bagi aku (bagi aku!!) tapi at last Puteri Rembulan tak sesuai dengan kulit aku.. last-last aku pakai Natasya balik, tapi cuma pakai pencuci muka, toner & krim siang sahaja.. krim malam aku terus tinggalkan.. Alhamdulillah kulit muka ok sikit la, tapi still ada naik jerawat kat dahi..naik jerawat tak meriah macam dulu-dulu cuma yelah kan, memang nak cari yang sempurna tu memang tak hadoo!! 

    Akhirnya, kecoh cerita pasal PMC- Pure Marine Collagen..time tu tengah hot gile lah! semua nak pakai, murah pun murah cuma penyediaan & nak makan tu leceh sikit..tapi dah dasar perempuan dahargakan kecantikan..maka ku teraii jugak laa.. Alhamdulillah!! kesannya sangat menyenangkan hati!! senyum sampai ke telinga la.. seronok sangat.. By the way aku makan PMC yang kaler kuning tu je, tapi makan 2 sudu pagi & 2 sudu malam.. aku campur dengan pati delima, sekali sekala tampal kat muka buat mask.. guna PMC memang kena rajin! KENA!! sekarang still maintain makan & pakai..cuma tak hardcore macam dulu.. dan ini hasil PMC..Oh. Btw lupa nak cakap..time ni jugak aku dah maintain makan EPO (Evening Primrose Oil) + VCO (Virgin Coconut Oil) + Vit C.. so banyak benda aku makan, aku pun tak sure effect mana sebenarnya yang berkesan.. hehhehee.. but you can try, aku lagi suka makan untuk dalaman..asalkan tak mahaiiiii sangat, still budget aku then aku try.. (Yup!! aku kedekut!! walaupun untuk diri sendiri!!)







     

    Gambar-gambar ni aku snap pakai Camera handphone je..tak de edit camera 360 or beauty camera takde! takde! nature lighting je, takde flash.. oh btw, tu sume muka makeup, makeup aku maknanya tampal bedak miyami nipis je, foundation pun tak pakai, sebab tu jejerawat kat dahi nampak tumbuh melata lagi..sikit mineral blusher Avon and lipstick.. tu je makeup aku..kalau rajin pakai eyeliner, kalau extra rajin pakai maskara tapi kalau malas, mata bogel je..lagipun aku kan mata empat, so tak rajin touch up mata...sebab last-last orang nampak speckyy ku yang gadang tu jugak!!! huh!!



   jeng! jeng! jeng!


**bunyi drum laju-laju**



    Dan sekarang tiba lah masanya nak reveal apekejadahnya product skin care yang aku baru pakai 2 bulan ni tapi aku nak kecoh satu kampung!! hahahha.. riak tak?? riak tak?? hahahaha...

   Product ni pun Product yang lately ni glamer kat online shop! aku dah lama ushar, tapi tak yakin nak beli..tapi akhirnya ku temui online shop sahabat aku sendiri..aku memang tahu dia berniaga online, aku pernah terjebak beli contact lens dengan dia dulu, alah yang kaler-kaler warna wurni tuuuu...tapi  time tu takdelah berani sangat nak approach sebab masa sekolah dulu tak rapat sangat, kelas pulak lain-lain so jarang bertegur sape, tambah-tambah aku duk asrama, dia duk luar... tapi akhirnya berani tu datang jugak, lagipun aku ni jenis cerewet sikit nak dealing dengan online shop ni sebab aku ada masalah tak berape nak percaya kat orang sangat,oleh kerana aku kenal dia ni, so aku memberanikan diri + mendapat keizinan dan restu dari Encik Suami, sebab Encik Suami aku pun agak cecececirit sikit bab-bab nak kuar duit banyak-banyak ni..huhuhuu.. (ya aku paww laki aku!!) Hahhahaaa...  dan nilah skin care yang paling mahal aku penah beli.. nebes jugak awalan nak beli tu..mahaiii tuu... btw, antara sebab aku berani nak beli skin care ni jugak sebab kawan aku yang berniaga tu, dia pun pakai product ni..so aku kuatla sikit..maka, akhirnya!!! tralalalalalalalalaaa.... 



Tabita Skin Care!!!


   Picture from my friend FB album klik sini, kalau sape-sape nak on9 shopping..nak tengok product boleh la ber on9 shopping dengan kawan saya ni, nama dia Ain, gerenti terbaekkk!! aku dah banyak kali berurusan dengan dia! trusted!! dialah orang yang telah berjaya meyakinkan aku menggunakan product ni..dan aku sangat selesa berurusan dengan dia, dia tak push aku suruh beli itu, beli ini, pakai itu, pakai ini.. straight forwards je orang nya, malah dia sentiasa ada menjawab soalan aku setiap kali aku kelam kelibut masa mula-mula pakai Tabita ni.. Alhamdulillah..dengan keyakinan dan keazaman disulami dengan kata-kata semangat dari sahabat aku ni akhirnya aku berjaya menempuh fasa kepedihan bertabita... mengapa pedih?? haahaa... sebabbbbbbbbbbb~~~~

    Sejujurnya kalau nak bertabita ni, korang memang kena sabar tinggi lain macam siket..kalau korang google mana-mana blog or testimoni tabita pun sume akan cakap benda sama.. Pakai Tabita di awalannya memang agak memedihkan sikit especially time cuci muka & pakai toner, tapi kesan Tabita ni berbeza mengikut individu.. ada orang yang ok je, ada yang sakit pedih time cuci muka & pakai toner..ada orang merah-merah mukanya, ada orang mengelupas bagai mukanya dan ada jugak yang takde effect sangat, tahu-tahu je muka dah licin cantik..aku tergolong dalam spesis yang kulit sensitip plus ada resdung, so aku pun mengalami effect jugak, iaitu pedih time cuci muka & time pakai toner.. muka aku jugak mengelupas manja for almost 4 weeks, merah-merah sikit.. mengelupas memang manja-manja je, halus-halus je kulit mengelupas tu tapi its almost every where!! yup!! every inch of ur face! Hahhaa..aku saje buat-buat korang takot!! kihkihkihh... tapi Alhamdulillah result nya!! -pssstt..pssttt muka aku worst sikit masa pakai tu plus jugak sebab aku alergi makan seafood tak fresh! aku ada resdung.. so korang law nak try jangan takut dengan testimoni aku, aku plus banyak benda..tapi kalau korang ada resdung, aku suggestkan korang carilah product untuk resdung dulu or untuk kesihatan dalaman jugak..yerr?? yer?? yer?? 

   Alhamdulillah selepas berhempas pulas dengan Tabita, akhirnya keputusan yang sangat  puas hati aku perolehi.. Syukur sangat-sangat, memang la tak flawless macam retis-retis tapi aku still berpuas hati sebab walaupun tanpa sebarang solekan dimuka aku berani keluar rumah..dulu?? oh tidak mungkin!! aku mesti tepek bedak kat muka sebab tak yakin.. Tapi sekarang tidak lagi you all, you alllllllzzzzzzzzz~~  Tapi nak aku ingatkan kat sini aku tidak hanya menggunakan Tabita 100%, aku bukan ape, karang ada yang try tapi hasil nya berbeza datang cari aku pulak.. Untuk pengetahuan kawan - kawan.. banyak amalan kesihatan yang aku buat di samping menggunakan Tabita, tapi hasil Tabita aku tak ragui memang ada, sebab sebelum & selepas memang ada beza contoh pori muka sebelum berTabita memang ya ampuuunnnn...dari jauh  lagi nampak, tapi selepas berTabita alhamdulillah pori muka semakin mengecil, kulit semakin licin, cerah & anjal.. Terima Kasih tabita!!!







     2 gambar atas tu hasil Tabita tanpa makeup.. muka bogel g ofis, pakai lipstick /lipbalm je.. yang pic tudung maroon ni pakai thin layer compact powder miyami je (tak guna span basah pun) n sikit blusher + lipstick.. tengok perbezaan dulu dan sekarang macam mana? korang nilai sendiri lah.. sekarang aku dah tak risau nak keluar rumah tanpa makeup dah.. Alhamdulillah..

       Tapiiii korang kena tahu.. aku sebenarnya ada sampingan lain.. Start pagi-pagi, bangun tido aku akan minum air suam (plain water je selalunya) 1 gelas, kalau ingat & rajin makan 2 sudu PMC + pati delima. Pastu mandi, cuci muka pakai Pencuci muka Tabita, pakai toner & Krim siang..sebelum keluar rumah aku makan 1 sudu Olive Oil + Kurma.. Sampai ofis, breakfast (tengah maintain jugak) minum susu Hi-Goat + madu, after breakfast aku makan EPO + VCO (ni dah sejak habis tak makan dah) + Vit C + Folic Asid (atas nasihat doc). Dah. After Lunch makan EPO je..  Tengah hari time nak solat, cuci muka + aku pakai Bio Oil sapu kat muka sebab muka mengelupas/tegang/kering sampai sekarang walaupun tak mengelupas dah aku still sapu Bio Oil gak kat muka lepas cuci muka tengah hari. Malam...makan salad (tengah try nak maintain so far dah dekat 1bulan makan salad je untuk dinner) + EPO. Sebelum tido aku makan lagi 2 sudu PMC + pati delima, cuci muka dengan Tabita, sapu toner & pakai krim malam then pengsannn!! Tu la lebih kurang nya catatan harian aku.. itu rutin makanan kesihatan & tabita je.. aku tak include lain..jangan tanye pulak aku solat ke tidok yerr?? hahaa... tak kan nak tulis semua ye dok? lenguh jari ni weehhh!! Hahaha.. tapi kadang-kadang time aku pengsan awal maka ter-skip la yang malam punye rutin! Hahaha...  

    Sejujurnya product Tabita banyak membantu aku, sekarang dah berani keluar rumah walaupun tanpa makeup sebab pada awalanya muka mengelupas, nak letak bedak memang tak lalu laa..so aku sapu Bio-Oil je..Alhamdulillah kulit muka licin dan parut jerawat semakin pudar.. Alhamdulillah bersyukur sangat, apa yang pasti selepas penggunaan Tabita, kulit semakin cerah, anjal, licin, pori muka semakin mengecil dan aku sangat berpuas hati..dan sampai sekarang aku still maintain pakai Tabita..  Kawan-kawan nak cuba boleh lahh try terjah FB kawan aku tu yerr.. ok, puas hati tak??


Jangan marah yerr... 


Ni picture antara product yang aku amik , kot-kot korang nak try jugak kan.. Aku cari kat Google je taw.. 








Yang Penting ini!!

TABITA SKIN CARE! 


Ok, bye!! Selamat Mencuba!!




Friday, 5 April 2013

Aku Yang Dulu...

Salam Jumaat Barakah semua..

Kali ni laa..nak cerita pasal...pasal...pasal... muka tak malu aku!! HAHHAHA.. boleh tak? aku sebenarnya nak sharing testimoni product skin care yang aku pakai for almost 2 month dah.. tapi...before that saje nak tunjuk muka aku yang dulu  macam mana.. maksud aku kulit muka la, bukan nak cerita bentuk muka aku macam mana.. kalau sudi nak tengok, tengok laa.. kalau tak nak tak menghapeee... T_T 


tengok?? walauuuuupunn aku bergaya tak hengat..tapi jejerrrr kat muka tu...aku wat derkk je.. malu tolak tepi dah time ni.. tapi jauh di sudut hati... hohohoo.. T_T nanges.. jeles ngan kulit kakak aku belah kanan tu.. belah kiri tu adik aku..


ok.sila abaikan pose lentok aku tu, fokus pade jejerr ai! .. ni tahun 2011, nampak tak tarikh sebesar-besar alam tu?? senyum habis manessss dah.. tapi?? jejerr tu pun tersenyum simpul jugak! nampak??


Nampak tak betapa ranum nye jejerr ku time tu..btw,orang ada cakap kalau lepas kawen kulit muka or jejerr akan berkurang, yang mana aku rasa tak applicable pun kat aku.. that time aku dah kawen for almost 3 month.. and nothing change! bertambah subur adelah..yang pasti, keyakinan diri memang zero lah.. aku lebih suka memilih warna yang dull-dull so that orang tak notice aku sangat...(walaupun mulut becok!). huhuu..that time my fav colour hitam!! yess!! darkness arrive!! hahaha...

ni pun nampak lagi..jejerr tengah masak meranum.. still.. black my fav color.. xde keyakinan diri siot.. tak silap aku ni tahun 2012..tapi tak ingat bulan bape..


Tapi sekarang Alhamdulillah... walauuu punn tak se flawless orang lain or retis2 bagai.. tapi saya puas hati.. product ape?? next n3 yer.. tak nyempat ni.. jeng! jeng! jeng!!!! kihkihkihh... bye! 




Sila baca sambungan nyaaa yerr... KLIK SINI!!!





Wednesday, 27 March 2013

Tuesday, 26 March 2013

Bayar bil tepon dapat Tako!

huhuhuhu

tadi nak g bayar bil telefon.. sampai je kat depan counter pfffftt..rasa macam nak carut ada gak! sekali system down daa..tapi aku dah taw dah trick diorang,diorang sebenarnya letak signage "system down" tu sebenarnya sebab diorang ada nak buat keje lain.. h0h0h0 so aku pun masuklah dalam pasaraya dulu, g beli butterhead salad, dengan harapan lepas keluar sambil ronda-ronda sempatla diorang up kan system yang down tu kan? (oh! my bahasa!!) hehe

dah habis pusing cuci mata sekali tengok dah ada orang beratur kat counter celcom. aku ape lagi,terjah la.. sampai je depan counter.

amoi: "nak bayar bil aa?"
aku: "aah! (dalam hati..tak lah!! nak bayar loan kete!!!) nombor 0196*****7.... berapa ringgit?"
amoi: "ermm.. (sambil tutup mulut dia yang dah start sengeh-sengeh depan pc) 3 linggit kak!"
aku: "brapeh???"
amoi: "3 linggit je!"
aku: "err..tak kuar bil lagi ey? akk nak bayar in advance boleh?"
amoi: "hehehe tak boley la kakak! haiyoo..saya talak pernah jumpe la org mau bayar bil awal macam kakak.. u bayar saya punye bil jelah dulu meh!!"
aku: "banyak cantik muka u eyy? xpelah,buat penat je i beratur taw! i beratur beli tako lagi best! k bye!"
amoi:" bye kakak!"

sudahnye??!!!

erk!! alhamdulillah... ^_^



I is touching!!- (Gambar) Suasana Pilu Sambutan Hari POolis 206





Wahai isteriku, 
Maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan...
Jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna...


Wahai anak-anakku, 
Maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada saat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah...


Wahai mak dan abah,
Ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak dan abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara...


Wahai ibu dan ayah mertuaku,
Maafkan anaknda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu dan ayah menjadi balu sebelum usia...


Oh Malaysiaku!
Maafkan ku andai aku gugur di medan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya..



alt



alt
paling aku tak tahan tengok gambar ni.. Ya Allah.. bergenang-genang air mata wa cakap luuu... T_T



alt
sumber gambar klpos.com











sumber-FB Vat 69 Komando -Perjuangan Semalam.













T-T


Monday, 25 March 2013

Selamat Hari Polis ke-206 Sayangg!!!



Selamat Hari Polis buat semua warga PDRM di seluruh Malaysia!! Tabik hormat kat Abam-abam, kakak-kakak polis sume! Salute la kat korang! Jasa & pengorbanan korang tetap dikenang dan disanjung seluruh warga Malaysia.. tak kira lah yang dah pencen, sedang berkhidmat or baru berkhidmat, korang tetap berjasa pada negara...



Buat pejuang negara yang masih memerah keringat di Sabah, ucapan saya semoga korang kekalkan moral yang tinggi.. jangan risaw, walau ada mulut-mulut yang menghina, mencerca..nawaitu korang berkhidmat untuk negara tu hanya Allah s.w.t yang tahu, hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang korang sedang alami sekarang.. hanya Dia jugak akan membalas, sebaik-baik ganjaran buat kalian.. jangan risaw.. WE TRUST!




Bagi aku yang mana baru berkhidmat ni pun kita kena bagi penghormatan jugak, ada sesetengahnya sanggup mengorbankan usia muda semata-mata nak berkhidmat dalam pasukan PDRM, tak semua anak muda nak buat ape yang korang buat.. ada yang lebih rela merempit, berpeleseran tak tentu hala.. ada baiknya apply jadi polis kan? macam Br.Qaiyum yang cedera kat Lahad Datu tempoh hari.. umur baru 22 something kot... bayankan umur brape dia apply nak jadi polis, umur berapa pulak dia apply nak masuk Komando Vat 69.. masuk Komando bukan senang der.. bukan main-main selection dia.. huhuuu... Tahniah! Tahniah! & Tahniah!! 


banner Hari Polis ke 206

siap ada shuttle bus g Pulapol Semarak lagi you allzzz... aku rasa macam nak g je.. tapi apekan daya, aku tinggal sorang je kat opis.. huuhuuhuhuhuuu...  T_T

btw.. SELAMAT HARI POLIS WARGA PDRM!! 



aii..aii cipp!!